PENGALAMAN TEMUDUGA SPP DG41 : TIPS INTERVIEW GURU ONE OFF SENANG LULUS

PENGALAMAN TEMUDUGA SPP DG41 : TIPS INTERVIEW GURU ONE OFF SENANG LULUS

Ramai yang dah dapat keputusan dan panggilan temuduga SPP untuk ambilan guru DG41 one-off ni kan?

Anda ingin tahu pengalaman temuduga SPP Guru DG41 dan tips interview senang dan mudah lulus? Ikuti perkongsian di bawah ini.

Cara dan Teknik SPA9 baca di sini : SPA9 LOGIN : CARA MOHON SPA9 & SEMAKAN

PENGALAMAN TEMUDUGA SPP DG41

Di sini kami kongsikan pengalaman dan tips berguna daripada Cikgu Mohd Sabri dan Cikgu Farid Rezza, antara calon yang telah LULUS temuduga SPP pada April dan Julai lalu.

Semoga perkongsian beliau dapat memberi sedikit panduan dan gambaran untuk menghadapi temuduga nanti.

TIPS INTERVIEW SPP ONE OFF

  1. PERSEDIAAN FIZIKAL

1) Pastikan segala peralatan mencukupi (boleh guna handphone atau laptop). Data internet @ wifi elemen yg paling penting utk iv online. Pastikan internet stabil.
2) Bagi yg menggunakan handphone, pastikan kedudukan handphone stabil ketika iv (kalau boleh sediakan tripod).
3) Pastikan kamera pada handphone atau laptop berfungsi dgn baik, penggunaan kamera tambahan dan mikrofon/handsfree digalakkan bagi memastikan suara anda dpt didengari oleh panel.
4) Pastikan pencahayaan berada dlm keadaan baik. (guna light ring pun ok)
5) Pastikan berpakaian lengkap dan profesional sebagaimana pakaian seorang guru (walaupun interview dlm bilik atau rumah sendiri)

*Ukuran NAMETAG sesuai ikut ukuran yg ditetapkan
*Bagi calon lelaki, digalakkan memakai kemeja formal, blazer, tali leher dan seluar slack sbb ada sebahagian panel yg suruh calon berdiri utk melihat pakaian calon dari atas sampai bwh.
*Bagi calon perempuan, pastikan berpakaian sopan, digalakkan berbaju kurung dan bernametag. Pemakaian blazer adalah tidak wajib tetapi dibolehkan.

***Pemakaian adalah salah satu elemen PENTING dalam Temuduga SPP ni sebab ada markah ya.

  1. PERSEDIAAN MENTAL

1) Pada kebiasaannya, terdapat 3 panel penilai yang dilantik (wakil SPP, wakil jabatan/KPM, dan wakil GC bagi opsyen yang ditemuduga) dan terdapat 5-6 calon dalam satu sesi temuduga. Sesi temuduga berlangsung lebih kurang 1-2 jam.

2) Urusetia akan memberi sedikit taklimat dan memperkenalkan panel-panel yg terlibat serta gelaran atau panggilan untuk mereka.

3) Pengenalan diri calon : Nama, asal, graduan IPT mana, ijazah yang diambil, penglibatan ko-kurikulum dekat universiti, sumbangan, latar belakang keluarga.

4) Pastikan tahu tentang dasar-dasar pendidikan, ilmu pendidikan abad 21 dan program-program pendidikan yang dijalankan di Malaysia (Falsafah Pendidikan, PAK21, KBAT, KSSM, PPPM2013-2025, Program TS25 dan sebagainya)

5) Kaitkan kaedah dan teknik pembelajaran yg sesuai digunakan dalam pembelajaran norma baharu (PdPR dlm fasa pandemik)

6) Belajar sedikit tentang isu-isu semasa yg berlaku di Malaysia (kaitkan dalam bidang pendidikan seperti pandemik, program vaksinasi dan sebagainya)

7) Pastikan setiap calon dpt menguasai ilmu berkaitan opsyen yang calon duduki semasa interview (kaitkan dengan situasi sekarang dan pelajar). Fokus dengan opsyen pilihan calon, lupakan seketika kos calon di universiti.

Pastikan setiap jawapan yang diberikan RINGKAS & PADAT. Setiap calon akan dapat peluang untuk menjawab. Elakkan bagi jawapan yang panjang berjela. Dalam satu atau dua ayat pun ok yang penting jawapan berkualiti (jangan bawa nota pulak.)

9) Untuk menjawab soalan, ikut turn masing-masing dan jangan sesekali memotong percakapan calon lain mahupun panel.

10) Yakin dengan jawapan yang diberikan, sentiasa senyum, ucapkan terima kasih setiap kali lepas jawab soalan dan jangan lupa “eye contact”.

11) Selebihnya berdoa, buang perasaan nervous jauh-jauh, dan hadap skrin handphone atau laptop dengan tenang.

EXTRA : Beberapa hari sebelum interview, cuba la dulu ber webex dengan kawan-kawan, test internet@wifi, test mic, test video dan sebagainya supaya tak kelam kabut dihari temuduga SPP tu nanti.

**Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada semua calon yang bakal menjalani temuduga guru One-off (Fasa 3 dan seterusnya).

Sekian dari saya, guru baru dalam norma baharu.

(*Sumber asal perkongsian dipetik daripada Facebook Mohd Sabri, https://www.facebook.com/photo?fbid=4475142732582396&set=a.477134655716577)

TIPS TEMUDUGA SPP ONE OFF DG41 CIKGU FARIDH REZZA

PERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA SPP (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41) SECARA ONLINE (VERSI COVID)

SEBELUM TEMUDUGA/INTERVIEW :

*Sila pastikan dokumen2 asal yang diminta oleh pihak SPP ada bersama dan dimuatnaik sebelum tarikh tutup.
*Sila scan dokumen2 asal dengan kemas dan tersusun. Jangan scan cincai.
*Sila pakai gambar pasport yang sesuai dan melambangkan seorang pendidik.
*Buat ulangkaji semampu yang boleh.
*Baca dasar2 kerajaan, perlembagaan, YDPA, kabinet, nama2 menteri (terutama Menteri Pendidikan, dasar2 pendidikan, iTHINK, PAK21, MUET, TS25, PdPR, DLP.
*Kena tahu isu2 semasa. Fasa2 PPN, fasa2 PKP, jenis2 vaksin, kadar vaksinasi negara (guru).
*Sila berpakaian kemas (blazer, kemeja plain, tali leher untuk lelaki, baju kurung minimalist untuk perempuan).
*Pastikan rambut tidak terlalu panjang bagi lelaki dan perempuan sila ikat rambut secara kemas.
*Pakai nametag (satu perkataan untuk nama sahaja, contohnya REZZA).
*Pastikan kualiti webcam dan mic dalam keadaan baik.

SEMASA TEMUDUGA/INTERVIEW

*Sila pastikan anda tidak menggunakan artificial background. Gunakan background asli semasa ditemuduga.
*Digalakkan menggunakan laptop / desktop semasa sesi temuduga untuk mengelakkan masalah teknikal sekiranya menggunakan phone.
*Sila peka terhadap arahan yang diberikan oleh urusetia supaya tidak melambatkan proses temuduga.
*Sila beri respon berdasarkan soalan yang ditanya. Sekiranya panel tidak menyuruh anda menghurai, tidak perlu.
*Kurangkan penggunaan perkataan “lah” “emm” “aaa” “hmm”.
*Jangan buat perkara lain seperti minum, main phone, meninggalkan tempat duduk semasa panel sedang bertanya soalan kepada calon2 lain. Sila hormat calon2 lain.
*Ucap terima kasih kepada panel2 dan juga urusetia setelah selesai temuduga.

SELEPAS TEMUDUGA/INTERVIEW

*Jangan muatnaik apa2 perkara yang sensitif dan confidential ke dalam socmed anda. Anda mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib.
*Jangan muatnaik status2 yang mempunyai unsur2 mengecam, memperlekehkan, menyoal sistem mahupun panel2 dan urusetia SPP.

Tunggu keputusan keluar dan semoga berjaya . Jadilah bakal pendidik yang berdedikasi dan profesional.

Sekian,
Rezza

(Sumber asal perkongsian ini dipetik daripada perkongsian Faridh Rezza di Facebook: https://www.facebook.com/rezaavenue/posts/1741720582682257).

Leave a Comment