BANTUAN SARA MYKASIH 2025 (REGISTER ONLINE SEKARANG)

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 (REGISTER ONLINE SEKARANG)

Inisiatif Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah diperkenalkan di bawah MyKasih yang merupakan salah sebuah program untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus untuk membasmi kemiskinan rakyat di Malaysia.

Bagaimanakah cara register bantuan sara mykasih secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI (DAFTAR ONLINE SEKARANG)

KADAR KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH

Pemberian Bantuan SARA MyKasih pada tahun 2025 akan dibahagikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN
BILANGAN
PENERIMA
Miskin &
Miskin Tegar
Isi Rumah :
RM1,200

Warga Emas :
RM1,200

Bujang :
RM600
0.7 juta
Bukan MiskinIsi Rumah :
RM900

Warga Emas :
RM450

Bujang :
RM0
4.7 juta

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Bantuan SARA MyKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (kategori : isi rumah / warga emas / bujang);
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

REGISTER ONLINE BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Ikuti cara register online (daftar secara atas talian) Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
  6. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  7. Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
  8. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  9. Selesai.

MOHON ONLINE BANTUAN SARA 2024

Bagi yang belum membuat permohonan, ikuti cara memohon secara online di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment