PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI (BANTUAN RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI (BANTUAN RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat melalui pelaksanaan Bantuan MyKad Madani 2025. Inisiatif ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan sebanyak RM100 atau RM50, bergantung kepada kategori penerima, bagi memenuhi keperluan asas harian. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima, memudahkan pembelian barangan keperluan di kedai-kedai terpilih. Artikel ini akan membincangkan syarat kelayakan, panduan permohonan, dan maklumat penting berkaitan Bantuan MyKad Madani. Pastikan anda mengetahui cara untuk memohon dan memanfaatkan bantuan ini sepenuhnya.

Baca Juga : MYSTR LOGIN SEMAKAN STATUS

BANTUAN MYKAD MADANI 2025

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI (BANTUAN RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Kerajaan telah menghadkan pemberian Bantuan MyKad Madani mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin STR :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun;
    • Bujang : Tiada.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani akan diberikan kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Pemberian Bantuan MyKad Madani bagi tahun 2025 adalah khas kepada individu yang melepasi permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih.

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan].
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

*Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.

PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Ikuti panduan pendaftaran e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar untuk penerimaan Bantuan MyKad Madani :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini https://ekasih2.icu.gov.my/
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    • Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800.
  6. Selesai.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan mengenai Mykad Madani, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti dibawah :

Leave a Comment