SEMAKAN eKASIH 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN FASA 1)

SEMAKAN eKASIH 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN FASA 1)

Bagi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas, yang akan diberikan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar eKasih bermula esok.

Bagaimanakah semakan status RM100 eKasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca Juga : PEMBAYARAN STR 2025 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1)

APA ITU eKASIH

eKasih ialah pangkalan data nasional yang diwujudkan untuk membantu merancang, melaksana, dan memantau program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Untuk tahun 2025, kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam eKasih.

SYARAT LULUS BANTUAN SARA EKASIH RM100 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 SARA EKASIH 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  1. Portal Rasmi MyKasih
  2. Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih :

  • Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR :

  • Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:Semakan Permohonan
  • Maklumat Pembayaran
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA eKASIH 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS/BERDAFTAR Miskin Dan Miskin eKasih)

15 Januari 2025 (Rabu)

SEMAKAN AMAUN BAYARAN SARA eKASIH 2025 BULAN JANUARI

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BULAN JANUARI (RM)
Isi Rumah (Ketua Keluarga)RM100
Warga Emas Tiada Pasangan/ Bujang (60 Tahun Keatas)RM100
Bujang (21 Hingga 59 Tahun)RM50

PENGAGIHAN BANTUAN RM100 SARA eKASIH 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima Daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak Dan W.P LabuanPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad

CONTOH KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment