SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH 2025 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH 2025 : CHECK SEKARANG

Jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2024, hanya diterima oleh 700,000 ribu rakyat dewasa yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa sahaja. Namun pada tahun 2025, kerajaan akan memperluaskan kepada lebih 5.4 juta rakyat dewasa yang berpendapatan sehingga RM5,000.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1200 mykasih? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN : DAFTAR ONLINE SEKARANG

KADAR AMAUN BANTUAN MYKASIH 2025

Bukan kesemua 5.4 juta penerima akan menerima amaun Bantuan MyKasih sebanyak RM1,200 kerana ia akan disalurkan dengan kadar yang ditetapkan untuk setiap kelayakan penerima seperti berikut :

  • 0.7 juta penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar : RM1,200.
    • Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar : RM1,200.
    • Bujang Miskin dan Miskin Tegar : RM600.
  • 4.7 juta penerima berstatus Bukan Miskin :
    • Isi Rumah Bukan Miskin : RM900.
    • Warga Emas Bukan Miskin : RM450.
    • Bujang Bukan Miskin : RM0.

CARA PENERIMAAN BANTUAN 1200 MYKASIH 2025

Kebiasaannya, cara penerimaan Bantuan MyKasih adalah berlainan bagi setiap penerima di negeri-negeri seperti :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan sepanjang tahun 2025.
  • Penerima di Sabah dan Sarawak :
    • Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dua (2) kali setahun sepanjang tahun 2025.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH 2025

Antara syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan MyKasih adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori isi rumah / warga emas / bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH 2025

Untuk mengetahui nama sebagai penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200, ikuti panduan semakan di dua (2) portal yang berbeza seperti berikut :

  • Panduan Semakan Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Semakan Di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment