PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM : MOHON SEKARANG

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM : MOHON SEKARANG

Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa kepada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang beragama Islam serta berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi jawatan sebagai Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang bertaraf Kontrak.

BACA JUGA : PERMOHONAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA : JAWATAN TERKINI JPDP

TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM

PERKARATARIKH
Tarikh Tutup Permohonan
Jawatan Kosong Majlis Agama
Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)
19 JANUARI 2024

JAWATAN YANG DITAWARKAN MAJLIS AGAMA ISLAM

BIL.JAWATANTAWARAN GAJI
1.Akauntan Gred WA41Minimum :
RM 2,820.00
Maksimum :
RM 9,585.00
2.Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41Minimum :
RM 2,315.00
Maksimum :
RM 9,618.00
3.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29Minimum :
RM 1,549.00
Maksimum :
RM 5,684.00

SYARAT UMUM MAJLIS AGAMA ISLAM

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang beragama Islam;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan; dan
  • Bersedia untuk bekerjasama dalam menyampaikan visi dan misi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK), komited dan bertanggungjawab dalam apa jua tugas yang diberikan.

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Setiap jawatan yang ditawarkan mempunyai syarat-syarat lantikan yang berbeza seperti berikut :

  1. Akauntan Gred WA41 (Contract Of Service) :
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; atau
    • Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan Malaysia; atau
    • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA); dan
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Contract Of Service) :
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Contract Of Service) :
    • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN

  1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 :
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam menggunakanan bahasa pengaturcaraan Visual Object dan ASP.NET serta pangkalan data Microsoft SQL; atau
    • Mempunyai pengalaman menggunakan perisian Report Pro dan / atau SAP Crystal Report.
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 :
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam menggunakanan bahasa pengaturcaraan Visual Object dan ASP.NET serta pangkalan data Microsoft SQL; atau
    • Mempunyai pengalaman menggunakan perisian Report Pro dan / atau SAP Crystal Report.

DESKRIPSI TUGAS

Setiap jawatan yang ditawarakan di atas mempunyai deskripsi tugas yang berbeza, sila rujuk di sini : https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/IKLAN%20PORTAL%20WA41,%20F41%20&%20FA29.pdf.

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk-BKPP01/B01) yang boleh didapati melalui laman web https://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 IPOH, Perak.
  2. Sekeping gambar berukuran passport hendaklah dilekatkan di ruang yang telah disediakan pada borang permohonan.
  3. Satu borang permohonan hanya untuk satu jawatan sahaja. Sila gunakan borang yang berasingan jika ingin memohon lebih dari satu jawatan.
  4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
  5. Pegawai Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun yang sedang berkhidmat MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
  6. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 19 Januari 2024 (Jumaat) ke alamat berikut –
ALAMAT PERMOHONAN
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

NOTA : Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah berikut :

Leave a Comment