PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023 (LELAKI SIRI 197 & WANITA SIRI 48)

PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023 (LELAKI SIRI 197 & WANITA SIRI 48)

Untuk makluman anda, sekiranya anda berminat untuk menjadi tentera dan mempunyai fizikal dan mental yang kental adalah dimaklumkan bahawasanya permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 Tahun 2023 melalui online telahpun dibuka untuk memohon.

Anda boleh lakukan pendaftaran permohonan menerusi link rasmi yang telah diberikan.

Bagaimanakah permohonan pengambilan Tentera Darat Malaysia 2023? Apakah syarat kelayakan dan kemudahan sebagai Tentera Darat Malaysia? Berapakah gaji Perajurit Muda Tentera Darat? Rujuk di artikel ini untuk selanjutnya.

TARIKH PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

TARIKH PERMOHONAN
Bermula pada 13 Disember 2022 dan Tarikh Tutup Permohonan pada 31 Disember 2022.

SYARAT KELAYAKAN ASAS PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

Dibawah merupakan beberapa syarat kelayakan asas yang perlu ada pada pemohon :

PERKARASYARAT KELAYAKAN ASAS
Syarat Kelayakan Asas Pengambilan Tentera Darat Lelaki Siri 197 & Wanita 971. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).
3. Penglihatan -Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan Tidak rabun warna.
4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

PERKARASYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Kelayakan Akademik Pengambilan Tentera Darat Lelaki Siri 197 & Wanita 97Pemohon yang mempunyai sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian dalam matapelajaran :

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sains
4. Matematik
5. Sejarah
Syarat Akademik Tambahan1. Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi
2. Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing

SYARAT FIZIKAL PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

PERKARASYARAT FIZIKAL TDM
Syarat Fizikal Masuk Tentera Darat MalaysiaTinggi :
Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat :
Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

PENGUMUMAN : HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

JENIS UJIAN PEMILIHAN AKHIR PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

Kepada pemohon yang terpilih dalam senarai pendek untuk Ujian Pemilihan Akhir, berikut adalah beberapa Ujian yang akan dilalui oleh calon yang terpilih :

  1. Pemeriksaan Kesihatan.
  2. Ujian Kecergasan:
    • Larian 2.4 KM – 14 minit
    • Tekan Tubi – 40 kali
    • Bangkit Tubi – 45 kali
  3. Ujian Bertulis:
    • Ujian Kecerdasan (IQ)
    • Ujian Psikologi
    • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

CARA PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di :

PERKARAPAUTAN
Permohonan Tentera Darat Malaysia Tahun 20231. Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
2. Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
  • Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
  • Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
  • Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
  • Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON TENTERA DARAT MALAYSIA 2023 ONLINE

  1. Tekan (Klik) pautan (link) PERMOHONAN & PENDAFTARAN di atas.
  2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan :
    • NAMA PENUH
    • NO KAD PENGENALAN
    • JANTINA
    • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
    • EMAIL (Aktif)
    • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
    • Tekan (Click) DAFTAR
    • (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
  3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
  4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
  5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
  6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.

GAJI PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

  • SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  • SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT MALAYSIA

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT MALAYSIA

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

IKLAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2023

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan atau persoalan, pemohon boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat,
Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2,
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.

Telefon Bimbit Pegawai :

  • 017-4033752: Leftenan Noraini
  • 019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan

No Telefon Pejabat : 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)

Email : [email protected]

Baca juga :

Leave a Comment