JAWATAN KOSONG SSM 2023 : PERMOHONAN PROTEGE-RTW SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Untuk makluman kepada para graduan yang sedang mencari pekerjaan, permohonan bagi program Protege-RTW (Ready to Work) oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dibuka bagi tahun 2023.
Terdapat sebanyak 40 kekosongan pelbagai Bahagian di Ibu Pejabat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kuala Lumpur. Untuk makluman anda, permohonan ini adalah bagi kemasukan bulan Mac 2023. Di mana program ini akan berlangsung selama 12 bulan.
Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Apakah jawatan kosong ssm 2023? Bagaimanakah cara permohonan? Pemohon boleh rujuk di sini.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROTEGE-RTW SSM 2023
Pada 6 Januari 2023.
SYARAT KELAYAKAN PROTEGE-RTW SSM
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut akan dipertimbangkan untuk permohonan program Protege-RTW SSM ini :
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang yang diiktiraf.
- Aktif dalam bidang sukan / kokurikulum.
- Tamat pengajian kurang dari tempoh 1 tahun.
KEMUDAHAN PROTEGE-RTW SSM
Kepada calon yang diterima masuk dalam program Protege-RTW SSM ini, calon akan mendapat kemudahan-kemudahan seperti yang berikut :
- Elaun Bulanan RM2000.
- Cuti Tahunan.
- Caruman PERKESO.
- Rawatan Hospital Kerajaan (Pesakit Luar).
- Cuti Sakit – Dikira sebagai Cuti Tanpa Gaji.
PENEMPATAN PROTEGE-RTW SSM
Calon yang diterima menyertai Program ini akan ditempatkan di Pelbagai Bahagian Ibu Pejabat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kuala Lumpur.
KEUTAMAAN BIDANG PENGAJIAN
Selari dengan keperluan SSM, keutamaan untuk pemilihan program Protege-RTW ini akan diberikan kepada graduan dalam bidang pengajian berikut :
- Perakaunan (Accounting).
- Undang-undang (Law).
- Sains Komputer (Computer Science) / Teknologi Maklumat (Information Technology).
- Pengurusan Projek (Project Management).
- Sains Aktuari (Actuarial Science).
- Pentadbiran Perniagaan (Business Administration).
- Komunikasi Massa (Mass Communication).
- Ekonomi (Economics).
- Sumber Manusia (Human Resource).
- Reka bentuk grafik (Graphic design) / Multimedia (Multimedia).
- Lain-lain bidang pengajian yang setara dengnan keperluan SSM.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SSM (PROTEGE-RTW 2023)
Para graduan yang berminat untuk program ini boleh memohon dengan melengkapkan borang atas talian (online). Borang online ini boleh diakses melalui pautan di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
Borang Permohonan Protege-RTW SSM 2023 | https://www.surveymonkey.com/r/protegessm2023?fbclid=IwAR0lDlY1uRxsHSOP2JOm4V7IcwSMFfOm0KazZczlQeCNbWIuE2mqkXvLNdc |
Sila pastikan anda mengisi ruangan jawapan dengan baik dan teliti. Terdapat lima (5) bahagian dan kesemua maklumat adalah WAJIB untuk dilengkapkan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ke sesi temuduga.
- Sila tekan pautan Permohonan di atas.
- Pemohon akan dibawa ke Borang Permohonan Protege-RTW SSM 2023.
- Pastikan pemohon baca arahan yang diberikan dan jelas.
- Tekan [Next].
- Tick [Setuju] Perakuan yang dinyatakan dan tekan [Next].
- Anda akan dibawa ke Bahagian 1 – Maklumat Peribadi.
- Isi Maklumat Peribadi anda yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Jika selesai isi, tekan [Next].
- Pemohon akan di bawa ke Bahagian 2 – Maklumat Pengajian.
- Isi Maklumat Pengajian dengan lengkap dan benar.
- Tekan [Next] jika selesai di Bahagian 2.
- Anda akan dibawa ke Bahagian 3 – Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.
- Tekan [Next].
- Anda dibawa ke Bahagian 4 – Pengalaman Kerja.
- Tick Maklumat yang ditanya dengan benar dan lengkap.
- Kemudian, tick Pengakuan Maklumat dan tekan [Next].
- Anda akan dibawa ke Bahagian 5 – Lampiran Resume.
- Tekan [Choose File] dan muat naik/upload resume berserta gambar terkini anda.
- Pastikan pemohon menamakan file tersebut menggunakan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
- Contoh : Ali bin Abu (900123-10-5286).pdf
- Tekan [Next] jika selesai upload file resume anda.
- Permohonan anda akan diproses dan hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi.
- Tekan [DONE].
- Selesai.
PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya pemohon terdapat soalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.
Emel : [email protected]
Hotline Protege SSM : 03-22994543 / 4791
ARTIKEL BERKAITAN
e PENGAMBILAN PDRM : PERMOHONAN JAWATAN SARJAN POLIS GRED YA5 & KONSTABEL POLIS GRED YT1