PERMOHONAN MYSTEP 2023 : MELALUI EMAIL

PERMOHONAN MYSTEP 2023 : MELALUI EMAIL

MySTEP adalah salah satu program dibawah belanjawan 2021 dimana syarikat daripada sekor awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan Latihan dan Penempatan jangka pendek yang di gelar sebagai Program Personel MySTEP.

Sepanjang latihan dibawah program ini anda akan dibayar diupah mengikut kepada taraf pendidikan dan juga jenis tugasan yang diberikan oleh kementerian atau jabatan GLC dan Rakan Strategik.

Kadar Upah bermula dari RM1,400 – RM 2000 dan semuanya tertakluk kepada setiap program dan juga penempatan.

Dan untuk pengetahuan anda juga kebanyakkan permohonan MySTEP adalah melalui email dan berikut kami akan berikan tips dan panduan permohonan MySTEP melalui email dengan betul.

Baca juga : SPA9 LOGIN : CARA MOHON SPA9 & SEMAKAN

PERMOHONAN MYSTEP MELALUI EMAIL 2023

Berikut adalah Panduan Lengkap Cara Memohon MyStep melalui Emel :

  1. GUNA ALAMAT EMEL PROFESIONAL

Sila pastikan anda menggunakan alamat email yang kelihatan profesional dan sebaiknya menggunakan nama anda yang sebenar bukannya seperti [email protected] atau sebagainya.

  1. TULIS SUBJEK EMEL

Jangan sesekali tinggalkan bahagian subjek semasa memohon jawatan mystep sila pastikan anda mengikuti arahan yang telah disediakan oleh majikan dibahagian subjek dan jika majikan tidak memberikan sebarang arahan anda boleh menulis dibahagian subjek ” PERMOHONAN MYSTEP ” NAMA JAWATAN ”.

  1. MULAKAN DENGAN SALAM/GREETING DAN DIIKUTI NAMA PENERIMA

Ianya sangat penting sebagai tanda hormat dan juga menunjukkan anda seorang yang mempunyai adab yang baik.

  1. TULIS EMEL DENGAN FORMAT YANG BETUL DAN RINGKAS SERTA MASUKKAN ISI PENTING

Sila pastikan anda menulis email dengan ringkas dan straight to the point iaitu dengan format .

  1. PERENGGAN PERTAMA

Memperkenal diri anda secara ringkas dan juga tahap pendidikan anda.

  1. PERENGGAN KEDUA

Tujuan anda menghantarkan email serta bila anda boleh untuk bekerja.

  1. PERENGGAN TERAKHIR

Perenggan terakhir anda menyatakan anda telah melampirkan segala dokumen yang diminta. Sila pastikan semua dokumen yang anda hantarkan didalam format PDF.

CONTOH FORMAT EMAIL PERMOHONAN MYSTEP 2023

Selamat sejahtera Tuan/Puan [Nama penerima],

Saya muhammad sanusi berumur 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM bulan Mei 2022 di mana saya telah menerima Ijazah BSc (Hons) Computer Science.

Saya ingin memohon jawatan yang Tuan/Puan tawarkan iaitu Personel MySTEP Juruteknik Komputer . Saya boleh bermula dengan serta merta dan berharap untuk menyumbangkan kemahiran serta pengetahuan saya sekaligus mempelajari lebih lanjut tentang syarikat Tuan/Puan.

Dilampirkan adalah resume dan dokumen seperti yang diminta untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.

Sekian, terima kasih.

Harap dengan post ini ianya dapat membantu sedikit sebanyak dan memberikan anda idea bagaimana cara yang betul membuat permohonan jawatan sebagai MySTEP melalui email.

Leave a Comment