SEMAKAN STATUS BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 : CHECK ONLINE SEKARANG
Dianggarkan 40 peratus (%) daripada penerima Sumbangan Asas Rahmah secara one-off (sekaligus) adalah merupakan golongan yang berkeluarga dan 60 peratus (%) lagi adalah golongan bujang yang kesemuanya berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah semakan status bayaran sumbangan asas rahmah one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 : CHECK STATUS SEKARANG
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Jumlah pembayaran Sumbangan Asas Rahmah adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima yang terbahagi kepada dua (2) kelayakan, iaitu golongan isi rumah dan juga golongan bujang seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM300 ketua isi rumah |
BUJANG (Belia / Warga Emas) | RM150 individu |
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Kerajaan akan mula membayar Sumbangan Asas Rahmah secara one-off (sekaligus) kepada penerima yang tiada akaun bank di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 9 Disember 2024, Isnin dan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berperingkat mengikut jadual berikut :
BIL. | NAMA BANK PENERIMA | WAKTU BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah boleh disemak melalui pautan rasmi di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
KADAR IMPLIKASI BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara one-off akan melibatkan kadar implikasi sehingga RM1.7 billion merangkumi RM1.0 billion untuk golongan isi rumah dan RM0.7 billion lagi untuk golongan bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM300 x 3.5 juta | RM1.0 billion |
BUJANG | RM150 x 4.5 juta | RM0.7 billion |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.