REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : MOHON SEKARANG

REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : MOHON SEKARANG

Seperti yang telah diumumkan bantuan di bawah Program MyKasih yang bernilai RM1,200 telah mula diagihkan bermula pada 22 Januari 2024 kepada penerima yang layak tetapi masih ramai yang belum mengetahui berkaitan bantuan MyKasih dan cara daftar bantuan MyKasih.

Bagaimanakah cara register bantuan my kasih rm1200? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Pemberian bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SISTEM AGIHAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Pengagihan bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 adalah mengikut sistem seperti berikut :

  1. Bagi penerima yang berdaftar di Semenanjung, akan diagihkan ke dalam MyKad setiap bulan sebanyak RM100. Manakala, di Sabah dan Sarawak akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun bank sebanyak RM600 selama (2) kali setahun.
  2. Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan di kedai dan pasaraya yang terpilih.
  3. Lebihan baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  4. Boleh digunakan sehingga tarikh luput iaitu pada 31 Disember 2024.

REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan RM1,200 di bawah MyKasih ini, anda hendaklah membuat pendaftaran melalui eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  8. Selesai.

TALIAN REGISTER BANTUAN

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

52 thoughts on “REGISTER BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : MOHON SEKARANG”

Leave a Comment