SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Melalui data yang diambil daripada eKasih, terdapat lebih ramai penerima (700,000 penerima) yang layak menerima bantuan sebanyak RM1,200 dengan peruntukan sebanyak RM700 juta berbanding tahun sebelum ini hanya diperuntukan sebanyak RM130 juta kepada 210,000 penerima sahaja.

Bagaimanakah semakan bantuan ekasih rm1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG

APA ITU EKASIH

Ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

APA ITU BANTUAN RM1200

Ia adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Penerimaan bantuan yang bernilai RM1,200 adalah tertakluk kepada yang memenuhi syarat kelayak seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CARA AGIHAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Agihan bantuan adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Akan menerima bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024

Semakan bantuan yang bernilai RM1,200 hendaklah disemak melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment