CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : MOHON SEKARANG

CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM1200 2024 : MOHON SEKARANG

Kadar bantuan yang disalurkan menerusi Mykasih telah dinaikkan sebanyak RM1,200 berbanding tahun lepas adalah sebanyak RM600 sahaja. Jumlah penerima juga telah dinaikkan kepada lebih ramai penerima iaitu seramai 700,000 bertujuan untuk membantu lebih ramai rakyat menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah cara daftar bantuan mykasih rm1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : REGISTER BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima Bantuan Mykasih yang bernilai RM1,200 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Penyaluran Bantuan Mykasih yang bernilai RM1,200 adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :

  1. Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan tanpa tunai (cashless) ke dalam Kad Pengenalan (Mykad) penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan di kedai-kedai seluruh Malaysia.
  2. Penerima yang beralamat di Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional dua (2) kali setahun.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MY KASIH RM1200

Kerajaan telah mengumumkan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 seperti berikut :

  • Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia :
TARIKHJUMLAH
22 Jan 2024RM100
01 Feb 2024RM100
01 Mac 2024RM100
01 Apr 2024RM100
01 Mei 2024RM100
01 Jun 2024RM100
01 Jul 2024RM100
01 Ogs 2024RM100
01 Sep 2024RM100
01 Okt 2024RM100
01 Nov 2024RM100
01 Dis 2024RM100
  • Penerima yang beralamat di Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
TARIKHJUMLAH
19 Feb 2024RM600
12 Ogs 2024RM600

CARA DAFTAR BANTUAN MY KASIH RM1200 2024

Untuk menerima Bantuan MyKasih, pemohon hendak memenuhi syarat kelayakan dan daftar e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment