SEMAKAN BANTUAN 300 B40 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN 300 B40 2024 : CHECK SEKARANG

Khas untuk gologan B40 yang berpendapatan rendah, bantuan sebanyak RM300 akan disalurkan setiap bulan bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas. Bantuan ini akan memperkasa seramai 30,000 keluarga yang memerlukan serta dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya di Selangor.

Bagaimanakah semakan bantuan 300 b40? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD : DAFTAR SEKARANG

PENGENALAN

Bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangori yang diberi nama Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) khas untuk pembelian barangan keperluan asas dan perihal pendidikan setiap bulan. Bantuan ini diperuntukan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor yang layak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 300 B40

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan RM300 seperti :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

MANFAAT BANTUAN 300 B40

Berikut merupakan manfaat yang dapat daripada bantuan RM300 sebulan (BINGKAS) :

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (e-wallet).
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA PENGGUNAAN BANTUAN 300 B40 2024

Berikut merupakan cara pembelian dengan menggunakan bantuan RM300 seperti :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

SEMAKAN BANTUAN 300 B40 2024

Untuk semakan bantuan RM300 hendaklah disemak melalui Portal Rasmi BINGKAS seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS seperti berikut :

Leave a Comment