SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Di peringkat nasional sistem eKasih diwujudkan untuk menyokong kementerian atau agensi yang berminat dalam pembasmian kemiskinan. Dengan sistem ini, bantuan dapat diagihkan kepada golongan miskin dengan lebih cekap dan berkesan.

Bagaimanakah semakan bantuan ekasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH APRIL : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN EKASIH

eKasih adalah sebuah sistem pengkalan data komprehensif isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau projek kemiskinan. Oleh itu, terdapat pelbagai bantuan yang disalurkan di bawah eKasih.

SENARAI JENIS BANTUAN EKASIH 2024

Melalui sistem eKasih ini, kerajaan akan mengagihkan bantuan kepada individu yang layak dengan mudah dan teratur. Berikut adalah senarai jenis bantuan yang diberikan berdasarkan data daripada eKasih :

  1. Bantuan STR :
    • Sekiranya pemohon telah mendaftar untuk eKasih, permohonan bantuan STR akan lebih mudah diluluskan.
  2. Sumbangan SARA 2024 :
    • Bagi penerima bantuan STR yang telah mendaftar eKasih akan turut menerima Sumbangan SARA yang merupakan bantuan tambahan STR.
  3. Bantuan iSuri KWSP :
    • Bagi individu yang layak untuk sistem ini dan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Semakan KWSP Homemaker, sebagai isteri secara automatik akan menerima sumbangan KWSP Homemaker anda atas nama Skim Insentif Sukarela (SURI).
  4. Bantuan untuk Ibu Tunggal dan Warga Emas :
    • Pelbagaui bantuan khas diberikan kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang layak berdasarkan senarai sistem e-kasih ini.
  5. Bantuan OKU dan Anak Yatim :
    • Setiap kali kerajaan mengumumkan bantuan kepada orang kurang upaya atau anak yatim, ia biasanya merujuk kepada senarai dalam pangkalan data eKasih terlebih dahulu dan memberi keutamaan kepada dana bantuan.
  6. Bantuan Akademik :
    • Pelajar yang nama ibu bapanya lulus eKasih, sebelum sekolah bermula akan menerima bantuan akademik oleh Kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk pendaftaran eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2024

Ikuti cara semakan kelayakan eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.

Leave a Comment