SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Bagaimanakah semakan bantuan jkm online? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SARA DALAM PROSES SEMAKAN : CHECK STATUS SEKARANG

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN JKM

Berikut merupakan objektif utama pemberian Bantuan JKM :

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti / masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

SENARAI BANTUAN JKM 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan :

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Warga Emas (BWE);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

KADAR BANTUAN JKM 2024

Berikut merupakan kadar jumlah setiap bantuan JKM :

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) :
    • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan.
  2. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
    • RM450 sebulan seorang.
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :
    • RM300 seorang sebulan.
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) :
    • RM500 sebulan seorang.
  5. Bantuan Warga Emas (BWE) :
    • RM500 sebulan seorang.
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) :
    • RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) :
    • RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) :
    • RM200 sebulan seorang.
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) :
    • Maksimum RM2,700 sekaligus.
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT) :
    • Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS) :
    • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN JKM 2024

Setiap bantuan yang ditawarkan mempunyai syarat kelayakan yang berbeza. Rujuk syarat kelayakan setiap bantuan di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09.

SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE 2024

Sekiranya anda telah membuat permohonan Bantuan JKM, anda boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi JKM di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09.
  2. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  3. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status pemohon akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment