SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Bagaimanakah semakan sumbangan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS EKASIH : CHECK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

TARIKH KREDIT SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Pengkreditan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara berfasa (4 fasa) sepanjang tahun 2024 seperti berikut :

FASATARIKH
FASA 129 Januari 2024 – 02 Februari 2024
FASA 2April 2024
FASA 3Ogos 2024
FASA 4November 2024
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Setiap penerima akan menerima kadar bayaran yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah.
RM1,000 (0 anak)
RM1,500 (1-2 anak)
RM2,000 (3-4 anak)
RM2,500 (5 ke atas)
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000.
RM500 (0 anak)
RM750 (1-2 anak)
RM1,000 (3-4 anak)
RM1,250 (5 ke atas)
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang berpendapatan
RM2,500 ke bawah.
RM350

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Ikuti cara semakan penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/default.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik butang [Semak].
  5. Seterusnya, klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  7. Kemudian, klik pada [Semakan Permohonan].
  8. Status pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment