SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024 : CHECK SEKARANG

Bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan suri rumah kepada keluarga dan pembangunan negara, Kerajaan menawarkan inisiatif khas untuk golongan suri rumah yang bernilai sehingga RM300 kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan suri rumah rm300? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN SURI RUMAH

Bantuan Suri Rumah adalah untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas sehingga RM300 setahun daripada Kerajaan melalui i-Suri 2024. Seperti ahli KWSP yang bekerja, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan serta layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan suri rumah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berdaftar alhi KWSP;
  • Berumur 55 tahun ke bawah; dan
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

KELEBIHAN BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024

Berikut merupakan kelebihan yang dapat daripada bantuan suri rumah seperti di bawah :

  • Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan.
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga.
  • Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara.
  • Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

FAEDAH PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH

Berikut merupakan faedah yang diperoleh daripada i-Suri KWSP kepada golongan suri rumah :

  1. Insentif Khas :
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
    • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
    • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  2. Dividen Tahunan :
    • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  3. Bantuan Kematian :
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  4. Pelepasan Cukai :
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024

Semakan hanya boleh dibuat sekiranya pemohon telah berdaftar untuk caruman i-Suri KWSP sahaja. Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih. Ikuti cara pendaftaran seperti berikut :

  1. Pendaftaran kendiri:
    • Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
    • Secara dalam talian di laman web KWSP
    • Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
  2. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).

RUJUKAN

Segala maklumat yang disampaikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP yang berkaitan i-Suri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian : 03-8922 6000.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri?utm_source=KWSPiSuri_TW2024_V1&utm_campaign=KWSPiSuri_TW2024_V1&utm_id=organic&fbclid=IwAR10AQDMirzE953ja9l2za3hvCafY6rGR14DN3xbkIq-nKm3dCzUy6Kmzok.

Leave a Comment