SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM100 2024 : CHECK NAMA PENERIMA TERBARU

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM100 2024 : CHECK NAMA PENERIMA TERBARU

Oleh kerana sumbangan bantuan disalurkan ke dalam MyKad secara berperingkat melalui fasa bulanan, kini ia telah difasa pertengahan tahun. Lebih 700,000 penerima akan masih terus menerima bantuan sebanyak RM100 di dalam MyKad secara automatik.

Bagaimanakah semakan bantuan MyKad RM100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD : CHECK NAMA PENERIMA

JADUAL SUMBANGAN BANTUAN MYKAD RM100 2024

Sumbangan bantuan RM100 ke dalam MyKad penerima kini difasa pertengahan yang mana bantuan akan disalurkan mengikut tarikh baru seperti berikut :

BIL.TARIKH PENYALURANAMAUN BANTUAN
1.01/07/2024RM100
2.01/08/2024RM100
3.01/09/2024RM100
4.01/10/2024RM100
5.01/11/2024RM100
6.01/12/2024RM100

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 2024

Terdapat dua (2) kategori yang akan menerima bantuan dalam Mykad bernilai RM100, iaitu :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN
Isi Rumah :
-Berpasangan; atau
-Ibubapa tunggal.
RM100
Bujang :
Berumur 60 tahun ke atas
RM100

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD RM100

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

PREMIS BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 2024

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Ikuti cara semakan bantuan dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila klik pada laman Semakan Bantuan MyKad Di Sini.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment