SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2024 : CHECK NAMA PENERIMA

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah diciptakan khas untuk rakyat warganegara Malaysia sahaja. Ia dicipta bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dan boleh digunakan pada lebih 600 premis yang terlibat seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan status bantuan MyKad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 : CHECK SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Peruntukan bagi tahun ini diperluaskan kepada pelbagai kategori penerima mengikut kelayakan. Bilangan penerima yang layak adalah :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
BILANGAN PENERIMA
2024
Kelayakan Miskin Tegar :
-Isi Rumah;
-Warga Emas;
-Bujang.
210,000
Kelayakan Miskin Serdehana :
-Isi Rumah;
-Warga Emas;
-Bujang.
500,000
Kelayakan Bukan Miskin :
-Isi Rumah;
-Warga Emas;
-Bujang.
8,000,000

KADAR KESELURUHAN BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan kadar keseluruhan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut kelayakan :

  • Kelayakan Miskin Tegar & Miskin Serdehana :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
DITERIMA
DALAM MYKAD 2024
ISI RUMAH PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
RM1,200
WARGA EMAS (BUJANG)
PENDAPATAN BAWAH RM2,500
RM1,200
BUJANG PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
RM600
*Nota : Penerima di bawah kelayakan Miskin dan Miskin Tegar akan menerima kadar bantuan yang sama seperti di atas.
  • Kelayakan Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
DITERIMA
DALAM MYKAD 2024
ISI RUMAH PENDAPATAN
RM2,500 – RM5,000
RM300
WARGA EMAS (BUJANG)
PENDAPATAN RM2,500
KE ATAS
RM150
BUJANG PENDAPATAN
RM2,500 KE ATAS
RM150

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut negeri setiap penerima seperti jadual berikut :

TARIKH PENGKREDITAN
BANTUAN
NEGERI PENERIMA
Setiap bulan bermula :
22 Januari 2024
sehingga
1 Disember 2024
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
Setiap bulan bermula :
29 Januari 2024
sehingga
1 Disember 2024
Perlis, Perak, Pahang
Melaka dan Johor

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 bagi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD

Ikuti cara semakan status penerima bantuan dalam MyKad bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan mengikut format (contoh : 82xxxxxxxxxx).
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  4. Status penerima akan segera dipaparkan.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment