SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

Fasa kedua Bantuan Tunai Hasil telah mula dikreditkan kepada penerima secara berperingkat sehingga menjelang perayaan Aidilfitri. Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan akan menunaikan janji untuk menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat sebelum perayaan Aidilfitri.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai hasil fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN BTR HASIL : CHECK SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 2 2024

Penerima akan mula menerima Bantuan Tunai Hasil fasa kedua mengikut tarikh seperti jadual berikut :

JENIS PENERIMATARIKH
PENYALURAN
Mempunyai akaun bankBermula 3 hingga 9 April 2024
Tiada maklumat akaun bank3 April 2024

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL FASA 2 2024

Adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan individu bawah dari RM5,000.
  3. BUJANG :
    • Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH BANTUAN TUNAI HASIL FASA 2 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah bantuan tunai fasa kedua yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa Tunggal (mempunyai anak) :
PENDAPATAN
ISI RUMAH /
BIL. ANAK
Tiada Anak1 – 2 Anak3 – 4 Anak5 Ke atas
<RM2,500RM150RM300RM500RM650
RM2,501 –
RM5,000
RM100RM200RM250RM300
  • Kategori Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak :
UMUR / KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BANTUAN
FASA 2
21 hingga 59 tahunRM100
60 tahun dan ke atasRM150

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 2 2024

Pemohon perlu membuat semakan Bantuan Tunai Hasil Fasa kedua yang bakal diterima di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment