SEMAKAN STATUS BANTUAN BTR HASIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN BTR HASIL 2024 : CHECK SEKARANG

Penerima Bantuan BTR Hasil adalah terdiri daripada 60 peratus golongan dewasa di Malaysia yang berpendapatan rendah dan rendah-sederhana. Bantuan ini disalurkan sepanjang tahun secara berperingkat mengikut fasa dan jumlah bantuan adalah mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah semakan status bantuan btr hasil? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BTR HASIL 3700 : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN BTR HASIL

Bantuan BTR Hasil adalah Bantuan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan hasil daripada lebihan penjimatan subsidi bersasar oleh Kerajaan. Justeru, bantuan BTR ini disalurkan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan dan kadar bantuan adalah antara RM350 sehingga RM2,500 setahun.

JUMLAH BANTUAN BTR HASIL 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan BTR Hasil yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH BERKELUARGA / IBUBAPA TUNGGAL :
PENDAPATAN
ISI RUMAH /
BIL. ANAK
TIADA
ANAK
1 – 2
ANAK
3 – 4
ANAK
5 KE ATAS
Bawah RM2,500
sebulan
RM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
RM2,501 –
RM5,000
RM500RM750RM1,000RM1,250
  • KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN / 60 TAHUN KE ATAS :
UMUR PENERIMAJUMLAH BANTUAN
21 hingga 59 tahunRM350
60 tahun dan ke atasRM600

TARIKH KREDIT BANTUAN BTR HASIL 2024

Pengkredit bantuan BTR Hasil adalah secara berperingkat mengikut fasa seperti tarikh berikut :

FASA KREDITTARIKH
129 Januari 2024 – 02 Februari 2024
203 April 2024 – 09 April 2024
3Ogos 2024
4November 2024
*Untuk fasa ketiga dan keempat akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.

CARA KREDIT BANTUAN BTR HASIL 2024

Terdapat dua (2) cara pengkreditan bantuan BTR Hasil iaitu seperti berikut :

  1. Dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Proses gagal kredit; atau
    • Tiada maklumat perbankan yang didaftarkan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN BTR HASIL 2024

Pemohon boleh membuat semakan status bantuan BTR Hasil di portal rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi Semakan Status
Bantuan BTR Hasil
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment