SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024 : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150
Duit atau wang tunai daripada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar atau dimasukkan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin hadapan kepada 8 juta individu yang merupakan rakyat dewasa Malaysia, namun setiap individu akan menerima jumlah yang berbeza iaitu antara RM300 atau Rm150.
Bagaimanakah semakan bayaran sara one off duit masuk? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN SARA ONE OFF RM300 : SEMAK STATUS SEKARANG
SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui jumlah duit atau bayaran Bantuan SARA RM300 atau RM150 dimasukkan, ikuti cara semakan bayaran seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150‘.
- Selesai.
JUMLAH KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA yang akan disalurkan secara one-off mengikut kelayakan setiap penerima :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan : RM300;
- Isi Rumah Tunggal : RM300.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
CARA PENERIMAAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Terdapat dua (2) cara penerimaan bayaran Bantuan SARA secara one-off, iaitu :
- Wang tunai dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Penerima boleh menuntut wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya ‘Status Gagal Kedit’.
BILANGAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan bilangan penerima bayaran Bantuan SARA secara one-off pada 9 Disember 2024 :
- Isi Rumah : 3.5 juta penerima (berpasangan / ibubapa tunggal).
- Bujang : 4.5 juta penerima (belia / warga emas).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.