SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025 : CHECK STATUS SEKARANG
Demi membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk meningkatkan kadar ketahanan kewangan sekaligus meringankan bebanan kos sara hidup, Bantuan Tambahan sebanyak RM1,200 akan terus disalurkan sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025
Bantuan Tambahan yang bernilai RM1,200 adalah di bawah program MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) khas untuk rakyat dewasa Malaysia yang juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berstatus miskin dan miskin tegar.
Ianya telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak Jun 2023, diteruskan lagi pada tahun 2024 dan kini kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025 bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat dengan memperluaskan lagi kepada lebih ramai penerima.
JENIS PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025
Lazimnya, penerimaan Bantuan Tambahan adalah bergantung kepada negeri penerima seperti berikut :
- Penerima di Negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
- Diberikan secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka berdasarkan kad pengenalan untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai setiap bulan selama 12 bulan.
- Penerima di Sabah dan Sarawak :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan secara ansur dua (2) kali setahun.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025
Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Tambahan RM1,200 adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah / warga emas;
- Pendapatan di bawah garis PGK semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Tambahan RM1,200 pada tahun 2025, semakan boleh dilakukan pada dua (2) pautan yang berbeza seperti berikut :
- Panduan Semakan Nama Penerima Bantuan Tambahan RM1,200 Di Pautan 1 :
- Sila klik pada pautan portal rasmi 1 di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [SEMAK STATUS].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Nama Penerima Bantuan Tambahan RM1,200 Di Pautan 2 :
- Sila klik pada pautan portal rasmi 2 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Pada bahagian pengesahan, klik pada butang [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan Pemohon’ akan dipaparkan.
- Klik [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
- Isikan kata laluan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- ‘Profile pemohon’ akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.