SEMAKAN MYSTR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN MYSTR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan secara berperingkat dan berfasa kepada lebih 60% rakyat dewasa Malaysia yang layak. Bantuan tunai yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan mystr fasa 1? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYSARA : SEMAK STATUS SEKARANG

JADUAL BAYARAN MYSTR 2024

Berikut merupakan jadual pembayaran Bantuan STR bagi tahun 2024 :

FASATARIKH BAYARAN
Fasa 129 Januari – 2 Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA 1 2024

Seperti yang telah diumum, kadar pembayaran bantuan STR Fasa 1 adalah mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Kadar bayaran MySTR Fasa 1 bagi kategori isi rumah adalah bergantung pada bilangan anak seperti berikut :
KATEGORI /
BIL. ANAK
0 ANAK1-2 ANAK3-4 ANAK5 KE ATAS
Isi Rumah
>RM2,500.
RM500RM500RM500RM500
Isi Rumah
RM2,501 –
RM5,000
RM100RM150RM200RM300
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
KADAR BAYARAN FASA 1
RM150
  • Kategori Bujang :
KADAR BAYARAN FASA 1
RM100

SEMAKAN MYSTR FASA 1 2024

Ikuti cara semakan Bantuan STR di Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI MySTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ (Bahagian ‘Makluman Terkini’).

Leave a Comment