BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Inisiatif penyaluran bantuan tunai ke dalam IC (kad pengenalan) penerima masih diteruskan bagi tahun 2024 ini oleh kerana ia disambut baik oleh rakyat yang menerimanya pada tahun sebelum ini. Akan tetapi, Kerajaan telah menambaik dan telah menaikkan peruntukan kepada lebih ramai penerima yang layak.

Lebih 700,000 penerima yang disahkan layak dapat menikmat bantuan yang disalurkan ke dalam IC penerima sebanyak RM100 setiap bulan.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan 100 setiap bulan dalam ic? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA : MOHON SEKARANG

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang penerima bakal perolehi daripada bantuan ini :

  1. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
  2. Pembayaran untuk pembelian adalah secara tanpa tunai (cashless) hanya perlu IC sahaja.
  3. Pengkreditan adalah secara automatik setiap bulan ke dalam IC penerima.
  4. Baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  5. Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.

JADUAL BAYARAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC

Berikut merupakan jadual pembayaran bantuan tunai RM100 ke dalam IC penerima setiap bulan bagi tahun 2024 :

TARIKH BAYARANJUMLAH
22/01/2024 IsninRM100
01/02/2024 KhamisRM100
01/03/2024 JumaatRM100
01/04/2024 IsninRM100
01/05/2024 RabuRM100
01/06/2024 SabtuRM100
01/07/2024 IsninRM100
01/08/2024 KhamisRM100
01/09/2024 AhadRM100
01/10/2024 SelasaRM100
01/11/2024 JumaatRM100
01/12/2024 AhadRM100

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM IC 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam ic mengikut cara seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan RM100 setiap bulan dalam IC di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment