SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Kebajikan kepada golongan yang berpendapatan rendah (miskin atau miskin tegar) yang mendaftar dengan eKasih akan layak menerima bantuan tunai RM100 setiap bulan. Bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ekasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Bantuan eKasih yang disalurkan bernilai RM100 setiap bulan adalah Sumbangan Asas Rahmah sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Bantuan ini adalah khas untuk golongan miskin untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bantuan eKasih RM100 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KEGUNAAN SISTEM BANTUAN EKASIH 2024
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh :
- Membuat semakan status kemiskinan secara online;
- Menyelaraskan maklumat bantuan;
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online;
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan; dan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan bantuan eKasih seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman utama eKasih, sila klik pada [eKasih Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda pada ruangan No. KP: tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, tekan pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.