CARA MOHON MYKASIH 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MOHON MYKASIH 2024 : DAFTAR SEKARANG

Yayasan MyKasih telah menerima peruntukan daripada Kerajaan untuk menyalurkan bantuan yang bernilai sehingga RM1,200 kepada lebih 8.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan pada tahun 2024 ini.

Bagaimanakah cara mohon mykasih? Ikuti penerangan lebih terperinci di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN : CHECK SEKARANG

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan daripada Mykasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR AMAUN MYKASIH 2024

Kadar amaun yang disalurkan oleh Mykasih adalah berbeza untuk setiap kategori yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORIKADAR AMAUN
Kategori Miskin TegarIsi Rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
Kategori MiskinIsi Rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
Kategori Asas Bukan Miskin /
Miskin Tegar
Isi Rumah : RM300.
Warga Emas : RM150.
Bujang : RM150.
*Menurut data daripada e-Kasih dan JKM bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar.

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH 2024

Berikut merupakan jadual pengkreditan bantuan yang disalurkan melalui MyKasih mengikut alamat penerima seperti di bawah :

ALAMAT PENERIMATARIKH KREDIT
Penerima beralamat di
Semenanjung Malaysia
22 Jan 2024, 1 Feb 2024,
1 Mac 2024, 1 Apl 2024,
1 Mei 2024, 1 Jun 2024,
1 Jul 2024, 1 Ogs 2024,
1 Sep 2024, 1 Okt 2024,
1 Nov 2024, & 1 Dis2024.
Penerima beralamat di
Sabah, Sarawak dan
W.P Labuan
19 Feb 2024 & 12 Ogs 2024

CARA MOHON MYKASIH 2024

Sekiranya permohonan STR diluluskan bermula semakan verifikasi fasa kedua / ketiga / keempat, bayaran Mykasih (Bantuan SARA) yang akan diterima adalah bermula bulan fasa STR 2024 berkenaan diluluskan. Ikuti cara permohonan STR seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

CARA MOHON EKASIH

Sekiranya anda memenuhi syarat untuk menerima bantuan yang bernilai RM1,200 (berstatus miskin / miskin tegar) anda boleh membuat pendaftaran e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

4 thoughts on “CARA MOHON MYKASIH 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment