SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

Mungkin ramai rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah terkesan akibat kenaikan harga barang keperluan asas. Oleh yang demikian, Kerajaan melancarkan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM1,200 menerusi MyKad penerima.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm1200 pembelian keperluan asas? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD RM1200 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS

Bantuan MyKad RM1,200 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang berdaftar dengan bantuan seluruh Malaysia dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja.

APAKAH SENARAI KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN MYKAD RM1200

Sebelum ini hanya dihadkan untuk pembelian keperluan asas dapur (10 barang) sahaja, namun Kerajaan telah menambah (sehingga 13 barang) senarai keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan bantuan dalam Mykad seperti senarai berikut :

BIL.SENARAI
KEPERLUAN ASAS
JENAMA
YANG DILULUSKAN
1.BerasJamine, Jati, Bernas, Faiza,
Cap Rambutan dan sebagainya.
2.RotiGardenia, Massimo dan Mighty
White.
3.TelurNutriplus, QL eggs dan CP.
4.Minyak MasakSri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh,
Knife dan Vesawit.
5.TepungCap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap
Ros dan BlueKey.
6.BiskutJulies, Tiger, Munchys, Chipsmore,
Jacobs, Hwa Tai, dan Hup Seng.
7.Mi segeraIndo Mie, Mamee, Maggi, Cintan,
dan Mi Sedap.
8.MinumanTea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N,
Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold,
Quacker dan Fernleaf.
9.Makanan dalam tinAyam Brand, Yoes, Adabi, Kimball,
Tc Boy, dan King Cup.
10.Bahan perasaSos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap
Kipas Udang, Tamin, Maggi, Faiza
dan Planta.
11.Produk kebersihanColgate, Dettol, dan Kotex.
12.Ubat-ubatanProspan, Hurix, Sterimar, Panadol,
dan Difflam.
13.Barangan persekolahanStabilo, Staedtler, Canggih, Bata,
dan Faber-Castell.
*Boleh rujuk label MyKasih di rak tanda harga pada kedai yang terpilih.

DIMANAKAH KEDAI BERDAFTAR DENGAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Rujuk senarai kedai yang berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

BILAKAH BANTUAN RM1200 DISALURKAN DALAM MYKAD

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.

BAGAIMANAKAH SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Semakan nama penerima bantuan untuk pembelian keperluan asas boleh disemak dengan menggunakan nombor Mykad melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment