BANTUAN RAYA 2024 : MOHON SEKARANG

BANTUAN RAYA 2024 : MOHON SEKARANG

Setiap negeri telah melancarkan bantuan sempena menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang. Bantuan adalah disalurkan melalui pihak berwajib seperti Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam (setiap negeri). Kadar bantuan juga ditentukan oleh pihak pemberi bantuan mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan raya? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN RAYA

Bantuan Raya adalah merupakan bantuan tunai yang disalurkan sebelum menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam seluruh negara. Bantuan ini adalah khas untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan di Malaysia untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

KADAR AMAUN BANTUAN RAYA

Bantuan Raya akan disalurkan mengikut kadar amaun yang ditetapkan setiap negeri seperti berikut :

  1. Kelantan akan menyalurkan Bantuan Raya sebanyak RM300 hingga RM3,000.
  2. Pahang akan menyalurkan Bantuan Raya sebanyak RM200 hingga RM600.
  3. Terengganu akan menyalurkan Bantuan Raya sebanyak RM300 hingga RM700.
  4. Perak akan menyalurkan Bantuan Raya bernilai sehingga RM1,000.
  5. Pulau Pinang akan menyalurkan Bantuan Raya sebanyak RM450 hingga RM700.
  6. Selangor akan menyalurkan Bantuan Raya sebanyak RM300 hingga RM1,000.
  7. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyalurkan sehingga RM1,000.
  8. Johor pula akan menyalurkan Bantuan Raya berjumlah RM300 tambahan RM50 setiap tanggungan.
  9. Melaka akan menyalurkan Bantuan Raya berjumlah RM150 dan tambahan RM100 setiap tanggungan.

*Bagi negeri Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak masih belum diumumkan.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RAYA

Berikut merupakan syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan setiap negeri :

  • Pemohon haruslah Warganegara Malaysia; dan
  • Beragama Islam; serta
  • Memenuhi syarat-syarat lainnya yang ditetapkan oleh setiap negeri.

*Nota : Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk pada laman pemberi bantuan setiap negeri.

BANTUAN RAYA 2024

Berikut merupakan pautan laman rasmi untuk permohonan Bantuan Raya setiap negeri :

BIL.PAUTAN PERMOHONAN BANTUAN RAYA
SETIAP NEGERI
1.Kelantan :
https://www.e-maik.my/v2/skim-bantuan/bantuan-hari-raya.
2.Terengganu :
https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
3.Pahang :
https://www.muip.gov.my/v4/baitulmal/zakat/skim-bantuan-zakat/
4.Perlis :
https://www.maips.gov.my/index.php?lang=img
5.Perak :
https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
6.Pulau Pinang :
https://zakatpenang2u.com/Home/Landing?ReturnUrl=%2F
7.Kedah :
https://www.zakatkedah.com.my/
8.Selangor :
https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/
9.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur :
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz
10.Johor :
https://ebantuan.maij.gov.my/main
11.Negeri Sembilan :
https://www.mains.gov.my/v2/
12.Melaka :
https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/permohonan-dan-proses
13.Sabah :
https://appszakat.sabah.gov.my/agihan_skim.php
14.Sarawak :
https://pelanggan.tbs.org.my/
  1. Sila klik pada antara salah satu pautan (negeri yang pemohon menetap) di atas.
  2. Kemudian, pemohon perlu membaca syarat kelayakan yang ditetapkan.
  3. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, sila klik pada [Permohonan Bantuan].
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan (sekiranya ada).
  6. Seterusnya, klik pada [Hantar].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi setiap negeri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di portal rasmi setiap negeri.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.sistemguruonline.my/2024/03/cara-mohon-bantuan-raya-2024.html.

2 thoughts on “BANTUAN RAYA 2024 : MOHON SEKARANG”

    • Kenapa status saya tiada rekod ditemui tapi pihak LHDN ada menyatakan Dan melihat penyata lampiran kira-kira BSN saya bahawa saya layak Dan telahpun menerima sejumlah RM 100 kategori bujang ya tapi keperluan kos yang tak mencukupi membuatkan saya tersisih oleh kerana penyampaian maklumat Dan agihan subsidi tidak bertepatan dengan telus.

      Reply

Leave a Comment