SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Untuk penyaluran Bantuan MySARA bagi fasa yang ke-3, terdapat seramai lebih 700,000 ribu nama penerima merangkumi golongan isi rumah dan bujang yang berkelayakan menerima tunai dalam MyKad bernilai sehingga RM150.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mysara dalam mykad rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG
JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
Penyaluran Bantuan MySara dalam MyKad bagi fasa ke-3 adalah mengikut jadual seperti berikut :
BIL. | TARIKH PENYALURAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01/07/2024 (Isnin) | RM50 |
2. | 01/08/2024 (Khamis) | RM50 |
3. | 01/09/2024 (Ahad) | RM50 |
= RM150 |
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh akan luput secara automatik dan penerima perlu menggunakan sebelum pada tarikh :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Tempoh Akhir Bantuan MySARA Dalam MyKad | 31/12/2024 (Selasa) |
MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
MySARA akan memaklumkan kepada penerima yang layak menerima bantuan dalam MyKad bagi fasa ke-3 melalui cara seperti berikut :
BIL. | CARA MAKLUMAN PENERIMA | KETERANGAN |
---|---|---|
1. | Surat makluman | Surat makluman akan dihantar mengikut alamat yang didaftarkan. |
2. | Pesanan SMS | Pesanan Ringkas SMS akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan. |
3. | Portal Rasmi | Penerima boleh membuat semakan di Portal Rasmi MySARA sekiranya tiada sebarang surat atau SMS yang diterima. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan MySARA dalam MyKad RM150 fasa ke-3 di Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila klik Laman Portal Rasmi MySARA Di Sini.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada [SEMAK STATUS].
- Bahagian ‘Semakan MySARA’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* dengan betul tanpa – (contoh : 670230115678).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status nama penerima fasa ke-3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.