SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Saban hari harga barang keperluan asas semakin meningkat naik. Oleh yang demikian, segelintir rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah akan terkesan dengan gelumang kos sara hidup yang semakin tinggi. Justeru, Kerajaan memperkenalkan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas yang disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan pembelian barangan keperluan asas rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN KWSP RM500 : CHECK SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima yang disahkan layak yang beralamat di Semenanjung Malaysia telah mula menerima bantuan ini pada 22 Januari 2024 dan akan menerima bantuan ini pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir iaitu pada 1 Disember 2024 dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.

BAGAIMANAKAH CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan RM100 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila kunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan baki.

DIMANAKAH KEDAI BERDAFTAR DENGAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara yang berdaftar dengan bantuan ini, termasuk :

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Rujuk kedai / pasaraya berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

APAKAH SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menambahbaik daripada hanya makanan asas (10 kategori) kepada tiga kategori barangan asas tambahan (13 kategori) seperti berikut :

  1. Beras : Jamine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix / Sterimar / Panadol / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Stabilo / Staedtler / Canggih / Bata / Faber-Castell.

*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas RM100 setiap bulan pada Portal rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG”

  1. Saya seorg ibu tunggal dan 6org ank. Sy amat2memerlukan bantu dapur setiap bulan. Dan sy juga amat berterima kasih pada semua

    Reply

Leave a Comment