SEMAKAN BANTUAN KWSP RM500 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN KWSP RM500 2024 : CHECK SEKARANG

Simpanan hari tua amatlah penting bagi setiap individu, terutamanya yang bekerja dalam sektor swasta dan mempunyai caruman KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja). Oleh itu, Kerajaan berbesar hati untuk membantu rakyat dengan menambahkan caruman melalui bantuan bernilai RM500.

Bagaimanakah semakan bantuan kwsp rm500? Ikuti penjelasan lebih terperinci di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON MYKASIH : DAFTAR SEKARANG

BERAPAKAH KADAR PERUNTUKAN BANTUAN KWSP 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM708 juta kepada 1.4 juta penerima yang layak menerima bantuan sebanyak RM500 secara one-off ke dalam akaun 1 KWSP.

APAKAH TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN KWSP RM500 2024

Adalah bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KWSP RM500 2024

Untuk menerima Bantuan KWSP yang bernilai RM500, penerima hendaklah menenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 40 dan ke bawah 55; dan
  • Mempunyai simpanan KWSP RM10,000 ke bawah dalam akaun 1.

SEMAKAN BANTUAN KWSP RM500 2024

Ikuti cara semakan Bantuan KWSP yang bernilai RM500 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP; atau klik pautan KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
  2. Pada halaman utama KWSP, sila pilih (Saya Ahli i-Akaun) dan klik pada butang [Log Masuk].
  3. Seterusnya, masukkan [USER ID] iaitu nombor kad pengenalan anda tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Klik butang [Next].
  5. Masukkan kata laluan dengan betul.
  6. Kemudian, klik butang [Login].
  7. Seterusnya, tekan pada [MY ACCOUNT].
  8. Maklumat penyata akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada artikel Sinar Harian. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi KWSP : 03-89226000 (Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang)

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment