SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Sepanjang tahun 2024, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan kepada lebih 0.7 juta rakyat Malaysia yang disahkan layak menerima. Mengambil kira aspek isu kenaikan kos sara hidup di Malaysia, Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup rm100 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM600 : CHECK STATUS SEKARANG
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan bagi tahun 2024 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Beralamat di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak); dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGUNAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.
DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
BILAKAH TARIKH AKHIR PENGGUNAAN BANTUAN SARA HIDUP
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024
Pemohon boleh membuat semakan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan pada pautan seperti berikut :
- Sila layari pautan semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan No.MyKad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.