SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG
Selain daripada penyaluran Bantuan SARA setiap bulan melalui MyKad dan penyaluran secara tunai selama dua kali, kini penyaluran secara sekaligus (one-off) pula akan disalurkan pada awal bulan Disember ini kepada penerima bukan dari kumpulan miskin atau miskin tegar.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sara one off rm150 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERBARU : CHECK SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Keseluruhan penerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah merangkumi kumpulan asas iaitu seramai lebih 8.0 juta penerima, namun hanya 4.5 juta penerima sahaja yang layak untuk menerima Bantuan SARA yang bernilai RM150.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024 |
---|
4.5 Juta penerima sahaja |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Penerimaan Bantuan SARA yang bernilai RM150 secara one-off (sekaligus) yang terbaru akan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja (tertakluk kepada pindaan semasa).
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024 |
---|
9 Disember 2024 (Isnin) |
CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Seramai lebih 4.5 juta penerima yang disahkan layak akan menerima Bantuan SARA bernilai RM150 secara one-off (sekaligus) melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima atau pengambilan tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Antara syarat kelayakan penerima Bantuan SARA bernilai RM150 secara one-off adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
- Berumur 21 hingga 59 tahun (bukan pelajar IPT); atau
- Berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas).
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 TERBARU 2024
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA yang bernilai RM150, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.