BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Individu yang berstatus bujang di Malaysia yang berpendapatan rendah juga turut akan disalurkan dengan pelbagai bantuan oleh kerajaan termasuk Bantuan Tambahan yang berjumlah sehingga RM600 untuk sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah permohonan dan semakan kelayakan bantuan tambahan rm600 bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2025
Bantuan Tambahan adalah di bawah program inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan sebagai tambahan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah.
Penyaluran Bantuan Tambahan adalah secara tunai disalurkan secara ansur selama dua kali setahuan dan disalurkan secara tanpa tunai ansur selama 12 bulan untuk menampung kos pembelian dan kos sara hidup.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM600 TAMBAHAN BUJANG
Antara syarat kelayakan untuk penerimaan Bantuan Tambahan kepada golongan Bujang adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus bujang / balu / janda / duda tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 atau di bawah garis PGK semasa;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori bujang;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN BUJANG 2025
Ikuti cara memohon Bantuan Tambahan untuk kategori Bujang seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Setelah permohonan dilakukan, pemohon perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih.
PENDAFTARAN BANTUAN TAMBAHAN BUJANG 2025
Individu bujang yang ingin mendaftar, boleh membuat pendaftar melalui cara berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN BUJANG 2025
Untuk mengetahui status kelayakan permohonan, ikuti cara semakan di bawah :
- Sila layari laman semaan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.