SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : CHECK SEKARANG

Kadar maksimun Bantuan Tunai Rahmah adalah dinaikan sehingga RM3,700 bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelum ini hanya RM3,100 sahaja. Pemberian Bantuan Tunai Rahmah ini akan memanfaat sembilan (9) juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia dengan peruntukannya meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Pemberian Bantuan Tunai Rahmah (STR dan SARA) akan disalurkan seperti jadual berikut :

  • Jadual Bayaran STR :
    • Bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berfasa seperti berikut :
FASATARIKH
Fasa 129 Januari 2024 – 02 Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
  • Jadual Bayaran SARA :
    • Bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :
ALAMAT PENERIMATARIKH
Penerima di
Semenanjung Malaysia
Setiap bulan selama tempoh 12 bulan
(22 Januari 2024 hingga 01 Disember 2024)
Penerima di
Sabah, Sarawak dan
W.P Labuan
Dua (2) kali setahun iaitu pada
19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024

KADAR PENERIMAAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Pemberian Bantuan Tunai Rahmah adalah mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
bawah RM2,500
RM1,000 – RM2,500
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500 – RM1,250
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600
Bujang Pendapatan
bawah RM2,500
RM350
*Bermula tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi Rumah AsasRM300
STR Warga Emas dan BujangRM150
*Kategori Baharu berdasarkan data e-Kasih dan JKM.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Tunai Rahmah melalui Portal Rasmi seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan MYSARA dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf (Page 43 & 44).

Leave a Comment