SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Taraf ekonomi rakyat haruslah seiring dengan kos sara hidup. Namun, peningkatan kos sara hidup pastinya menjadi beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan tunai kepada yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai rakyat? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 TERBARU : CHECK SEKARANG

PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024

Dalam belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri bahawa peruntukan bantuan tunai kepada rakyat adalah sebanyak RM10 billion khas untuk 9 juta rakyat yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan tunai ini.

JUMLAH AGIHAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024

Pengagihan bantuan tunai kepada rakyat adalah mengikut jumlah seperti berikut :

  • Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Bujang MiskinRM350 + RM600 = RM950
Bujang Bukan MiskinRM350 + RM150 = RM500
  • Warga Emas tiada pasangan :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Warga Emas MiskinRM600 + RM1,200 = RM1,800
Warga Emas Bukan MiskinRM600 + RM150 = RM750
  • Isi Rumah berkeluarga / Ibubapa tunggal (pendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKJUMLAH BANTUAN
Tiada AnakRM1,000 + RM1,200 = RM2,200 /
RM1,000 + RM300 = RM1,300
1 hingga 2 AnakRM1,500 + RM1,200 = RM2,700 /
RM1,500 + RM300 = RM1,800
3 hingga 4 AnakRM2,000 + RM1,200 = RM3,200 /
RM2,000 + RM300 = RM2,300
5 ke atasRM2,500 + RM1,200 = RM3,700 /
RM2,500 + RM300 = RM2,800
  • Isi Rumah berkeluarga / Ibubapa tunggal (pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKJUMLAH BANTUAN
Tiada AnakRM500 + RM300 = RM800
1 hingga 2 AnakRM750 + RM300 = RM1,050
3 hingga 4 AnakRM1,000 + RM300 = RM1,300
5 ke atasRM1,250 + RM300 = RM1,550

PROSES AGIHAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024

Pengagihan bantuan tunai rakyat terbahagi kepada dua iaitu :

NILAI BANTUANPROSES AGIHAN
RM350 hingga RM2,500
(Bujang, Warga Emas dan Isi Rumah)
Akan diagihkan kepada penerima
Melalui akaun bank penerima
Atau secara tunai di kaunter BSN.
RM150 hingga RM1,200
(Tambahan bantuan)
Akan diagihkan melalui kad
pengenalan penerima atau
secara tunai ke dalam akaun bank.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak di pautan rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Semakan Bantuan
Tunai rakyat
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment