SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Peruntukan sehingga 700 juta ringgit oleh Kerajaan khas untuk pemberian Bantuan Tunai Sara kepada hampir 700,000 rakyat Malaysia yang memerlukan. Usaha ini bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di bandar mahupun luar bandar.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai sara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : CHECK STATUS SEKARANG

CARA KREDIT BANTUAN TUNAI SARA 2024

Bantuan Tunai Sara akan dikreditkan mengikut cara setiap penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA KREDIT BANTUAN
Penerima yang mempunyai
akaun bank
Akan dikreditkan terus ke dalam
akaun bank yang telah didaftarkan.
Penerima yang tidak
mempunyai akaun bank
Akan diberikan secara tunai
melalui cawangan Bank Simapanan
Nasional (BSN).

KADAR BANTUAN TUNAI SARA 2024

Kadar pemberian Bantuan Tunai Sara bagi tahun 2024 telah dinaikkan sehingga RM1,200. Namun pemberian bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu selama dua kali setahun dengan jumlah setiap bayaran adalah bernilai RM600 kepada penerima.

TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI SARA 2024

Pengkreditan Bantuan Tunai Sara bagi tahun 2024 adalah seperti tarikh berikut :

TARIKH KREDITJUMLAH
19 Februari 2024RM600
12 Ogos 2024RM600

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024

Adalah terhad kepada penerima yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus lulus / penerima yang sah Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024;
  • Kategori isi rumah berkeluarga atau warga emas tiada pasangan; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin / miskin tegar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024

Untuk semakan penerima yang layak menerima Bantuan Tunai Sara, haruslah melalui laman rasmi semakan seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Penerima
Bantuan Tunai Sara
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pautan rasmi semakan status Sumbangan Asas Rahmah di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment