SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat yang terkesan akan kenaikan kos perbelanjaan barangan keperluan asas yang menjadi beban bagi segelintir rakyat. Oleh itu, Kerajaan negeri telah melancarkan bantuan khas untuk pembelian barangan keperluan asas disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan rm300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikut penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN 300 EWALLET B40 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima yang layak akan menerima bantuan yang bernilai RM300 setiap bulan melalui e-Dompet SELANGKAH khas untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang berdaftar dengan bantuan ini sahaja.
CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
Berikut merupakan cara-cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan RM300 setiap bulan :
- Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di bawah).
- Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
- Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
- Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
- Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
- Semak baki pada resit pembelian.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan bantuan RM300 setiap bulan :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Ubat-ubatan.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
- Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
- Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Ikuti cara semakan kelayakan penerima bantuan RM300 setiap bulan di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman web pertanyaan Bantuan : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.