SEMAKAN SARA 2024 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SARA 2024 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bagi tahun ini dengan meluaskan kadar penerima serta kadar bantuan dinaikkan sehingga lima kali ganda bertujuan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan sara online? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM600 : CHECK SEKARANG

PENAMBAHBAIKAN SARA 2024

Berikut merupakan penambahbaikan bantuan SARA bagi tahun 2024 :

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin, miskin tegar, dan asas berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan SARA sehingga RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA SARA 2024

Berikut merupakan kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori penerima bagi tahun 2024 :

KATEGORIKADAR BANTUANJUMLAH
PENERIMA
MISKIN TEGARISI RUMAH : RM1,200.
WARGA EMAS : RM1,200.
BUJANG : RM600
02. Juta
*Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih dan JKM.
KATEGORIKADAR BANTUANJUMLAH
PENERIMA
MISKINISI RUMAH : RM1,200.
WARGA EMAS : RM1,200.
BUJANG : RM600.
0.5 Juta
*Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih.
KATEGORIKADAR BANTUANJUMLAH
PENERIMA
ASASISI RUMAH : RM300.
WARGA EMAS : RM150.
BUJANG : RM150.
8.0 Juta
*Penerima yang berstatus BUKAN miskin / miskin tegar di bawah data penerima STR.

TARIKH BAYARAN SARA 2024 ONLINE

Kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan SARA bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia :
    • 22 Januari 2024, 01 Februari 2024, 01 Mac 2024, 01 April 2024, 01 Mei 2024, 01 Jun 2024, 01 Julai 2024, 01 Ogos 2024, 01 September 2024, 01 Oktober 2024, 01 November 2024 dan 01 Disember 2024.
  2. Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan :
    • 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

SEMAKAN SARA 2024 ONLINE

Ikuti cara semakan penerima Bantuan Sara secara online pada pautan semakan status di bawah :

PAUTAN SEMAKAN SARA ONLINE
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan semakan sara di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN SARA 2024 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment