SEMAKAN SARA RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SARA RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Program Sara bagi tahun 2024, akan diteruskan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Sesuai dengan prinsip itu, Kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Sara setiap bulan.

Bagaimanakah semakan sara rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN B40 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI PENAMBAHBAIKAN SARA 2024

Kerajaan telah menambahbaik sistem pemberian Bantuan Sara seperti berikut :

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

JADUAL PENGKREDITAN SARA RM100 SETIAP BULAN 2024

Berbanding tahun lepas Bantuan Sara hanya dikreditkan selama 6 bulan sahaja. Namun bagi tahun 2024, pengkreditan Bantuan Sara akan dikreditkan sepanjang tahun iaitu selama 12 bulan seperti tarikh berikut :

TARIKH PENGKREDITAN
22.01.2024
01.02.2024
01.03.2024
01.04.2024
01.05.2024
01.06.2024
01.07.2024
01.08.2024
01.09.2024
01.10.2024
01.11.2024
01.12.2024

KAEDAH PENGKREDITAN SARA RM100 SETIAP BULAN

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SEMAKAN SARA RM100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Sara di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment