SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Pembaharuan inisiatif penyaluran bantuan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) penerima disambut baik oleh rakyat. Justeru, Kerajaan meneruskan lagi pemberian bantuan menerusi MyKad penerima bagi tahun 2024 yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup lebih ramai rakyat di Malaysia.

Bagaimanakah semakan status bantuan mykad 100 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN : CHECK STATUS SEKARANG

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh yang tetap untuk penyaluran bantuan RM100 setiap bulan menerusi MyKad seperti jadual berikut :

TARIKH
PENYALURAN
JUMLAH
22 Januari 2024RM100
01 Februari 2024RM100
01 Mac 2024RM100
01 April 2024RM100
01 Mei 2024RM100
01 Jun 2024RM100
01 Julai 2024RM100
01 Ogos 2024RM100
01 September 2024RM100
01 Oktober 2024RM100
01 November 2024RM100
01 Disember 2024RM100

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024

Berikut adalah langkah-langkah menggunakan bantuan yang disalurkan menerusi MyKad seperti di bawah :

  1. Sila kunjungi kedai-kedai atau pasaraya yang telah berdaftar dengan bantuan. (Rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Kemudian pilih barang yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori yang diluluskan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program akan dilabel untuk rujukan penerima. (Label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Di kaunter bayaran, sila tunjukan MyKad (Kad pengenalan) untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Bayaran adalah dengan menggunakan MyKad (terhad RM100 sahaja, lebihan itu perlu dibayar secara tunai).
  5. Masukkan 6 digit nombor pin MyKad anda.
  6. Simpan resit sebagai rujukan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD

Berikut merupakan 13 kategori barangan yang diluluskan untuk pembelian menggunakan MyKad :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak Masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN 2024

Ikuti cara semakan status bantuan yang bernilai RM100 sebulan yang disalurkan menerusi MyKad di bawah :

  1. Sila klik pautan semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment