SEMAKAN STATUS BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Kos perbelanjaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini pastinya sukar bagi sesetengah individu terutamanya yang mempunyai bilangan tanggungan yang ramai dan masih bersekolah. Oleh itu, pihak Kerajaan berusaha untuk membantu semaksimal mungkin untuk meringankan bebanan yang dihadapi rakyat.
Bagaimanakah semakan status bantuan raya aidilfitri? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI RM1200 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024
Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan berkata peruntukan untuk bantuan adalah membabitkan 23,578 ketua keluarga asnaf fakir dengan jumlah bantuan sebanyak RM11.6 juta, RM18.6 juta kepada 39,936 ketua keluarga asnaf miskin manakala RM1.7 juta diperuntukkan kepada 4,797 asnaf mualaf.
KADAR BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024
Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima Bantuan Raya Aidilfitri mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :
KADAR BANTUAN RAYA AIDILFITRI |
---|
Setiap penerima mendapat bantuan antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga. |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024
Bantuan Raya Aidilfitri akan disalurkan kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :
- Disalurkan ke dalam akaun bank penerima; atau
- Pemberian baucar tunai mahupun serahan tunai.
TARIKH KREDIT BANTUAN RAYA AIDILFITRI
Pengkreditan Bantuan Raya Aidilfitri telah mula dikreditkan mengikut tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Kredit Bantuan Raya Aidilfitri | Bermula 10 Mac 2024 dan secara berperingkat. |
SEMAKAN STATUS BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Raya Aidilfitri di pautan rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Status Penerima Bantuan Raya Aidilfitri | https://ezo.zakatselangor.com.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi semakan status penerima di atas.
- Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Semakan Status.
- Masukkan ID pemohon yang telah didaftarkan pada ruangan yang disediakan.
- Serta masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
- Klik pada butang [Sign In] di bawah.
- Pada halaman utama, sila klik pada [Semak Status Permohonan Zakat].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZM). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian : 1-300-88-4343 (Waktu operasi 8.30am- 5.00pm)
- E-mel : [email protected]
- Laman maklumbalas : https://www.zakatselangor.com.my/ibu-pejabat/
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lzs-peruntuk-rm319-juta-bantuan-ramadan-dan-syawal-461706.