SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI ONE OFF RM300 : CHECK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI ONE OFF RM300 : CHECK PENERIMA SEKARANG

Tujuan pemberian Bantuan Tunai secara one-off (sekaligus) adalah untuk membantu meringankan bebanan kewangan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana sebagai bekalan bagi menghadapi musim tengkujuh untuk rakyat di sesetengah kawasan.

Bagaimanakah semakan status bantuan tunai one-off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK BUJANG (PERMOHONAN & SEMAKAN)

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI ONE OFF

Kerajaan akan membayar Bantuan Tunai secara one-off (sekaligus) bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini kepada semua penerima yang disahkan layak mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima isi rumah dan bujang.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI ONE OFF

Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai secara one-off (sekaligus) dengan jumlah yang ditetapkan seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM300;
  • Bujang : RM150;
  • Warga Emas : RM150.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI ONE OFF

Pembayaran Bantuan Tunai secara one-off (sekaligus) akan dibayar kepada penerima melalui cara seperti berikut :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan;
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

MASA BAYARAN BANTUAN TUNAI ONE OFF

Bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) Bantuan Tunai akan dibayar mengikut masa yang berbeza bagi setiap bank seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

*Namun, pembayaran adalah berperingkat selama tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI ONE OFF RM300

Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Tunai secara one-off, ikuti cara semakan status pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila layari laman semakan status rasmi di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk iklan pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik [Semak].
  6. ‘Frasa Keselamatan Pemohon’ akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan Kata Laluan mengikut yang telah didaftarkan.
  8. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  9. ‘Profile Pemohon’ akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan bayaran ‘Bantuan SARA’ akan dipaparkan ‘Lulus’.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

Leave a Comment