SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 TELAH DI BUKA : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 TELAH DI BUKA : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya Bantuan SARA yang terbaru akan diagihkan secara one-off (sekaligus) bermula esok (9 Disember 2024, Isnin) kepada kesemua 8 juta penerima yang telah disahkan status oleh kerajaan.

Bagaimanakah semakan status bayaran bantuan sumbangan asas rahmah one off 2024? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH : CHECK SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan dibayar secara berperingkat bermula 9 Disember 2024, Isnin (esok) melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan melalui akaun bank penerima.

CARA BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024

Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off, iaitu :

  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.

*Nota : Untuk mengetahui status bayaran yang akan diterima, setiap individu perlu membuat semakan status di laman rasmi SARA.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 TELAH DI BUKA

Laman untuk semakan status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telahpun dibuka. Ikuti panduan semakan status di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off yang berbeza mengikut kelayakan kategori seperti berikut :

  • 3.5 juta Isi Rumah akan menerima Bantuan SARA sebanyak RM300 secara one off; dan
  • 4.5 juta individu Bujang akan menerima Bantuan SARA sebanyak RM150 secara one off.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

1 thought on “SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 TELAH DI BUKA : CHECK DUIT MASUK RM300/RM150”

Leave a Comment