SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN KHAS RM2000 2024 : CHECK SEKARANG
Bantuan atau bayaran insentif bagi tahun 2024 yang diperuntukan oleh Kerajaan kepada penerima yang layak sebanyak RM2,000 ini akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan khas rm2000 2024? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN KHAS RM2000 2024
Kerajaan telah mengumumkan tarikh pengkreditan Bantuan Khas yang bernilai RM2,000 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN KHAS RM2000 |
---|
23 Februari 2024 (Jumaat) |
APA ITU BANTUAN KHAS RM2000 2024
Bantuan Khas yang bernilai RM2,000 adalah bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.
SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS RM2000 2024
Berikut merupakan penerima yang layak menerima Bantuan Khas bagi tahun 2024 mengikut jumlah yang ditetapkan seperti berikut :
JAWATAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak) | RM2,000 |
Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk Polis, Bomba, Tentera, Angkatan bersenjata, dan seluruh anggota beruniform) | RM1,000 |
Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) | RM1,000 |
TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS RM2000 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah naik sejak dua tahun lalu, namun tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.
Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8% peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5% bagi gred 41 hingga gred 54.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah diambil daripada ucapan Belanjawan 2024 serta pengumuman daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1209180/insentif-rm2000-untuk-penjawat-awam-dibayar-23-februari-pm.
Adakah saya layak