SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2024 : CHECK SEKARANG
Setiap pemohon yang telah memohon dan disahkan layak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, akan menerima bantuan laptop (komputer riba) secara percuma oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada tahun 2024 ini.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan laptop percuma? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN LAPTOP B40 : MOHON SEKARANG
KELAYAKAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2024
Pemberian bantuan laptop percuma adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Beragama Islam
- Bertaraf warnanegara Malaysia
- Bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun)
- Melanjutkan pengajian sepenuh masa samada di peringkat Diploma atau Ijazah
- Institusi Pengajian Tinggi di Dalam negara atau Luar Negara (Awam atau Swasta)
- Bidang atau kursus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan dari pihak universiti.
TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA
Seperti yang telah dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), tempoh permohonan Bantuan Laptop Percuma adalah bermula 15 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 31 Januari 2024 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2024
Sekiranya anda telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status melalui kaedah seperti berikut :
- Hubungi pihak MAIWP : 03-26399000 sambungan 20407 / 20408 / 20413 / 20415 / 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat); atau
- Melalui Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian : 03-26399000 sambungan 20407 / 20408 / 20413 / 20415 / 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/99-tawaran-bantuan-komputer-riba-kepada-mahasiswa-bagi-tahun-2024#.
Bantuan Laptop B40