SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Rakyat yang berpendapatan rendah mungkin akan terkesan akan kenaikan harga barangan keperluan asas. Oleh yang demikian, Kerajaan melancarkan bantuan yang khas untuk pembelian barangan keperluan asas kepada seramai 6.3juta penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan pembelian barangan keperluan asas rm100 setiap bulan 2024? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH : CHECK STATUS SEKARANG

CARA PENERIMAAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS RM100 SETIAP BULAN 2024

Setiap penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan ini mengikut 13 kategori barangan seperti berikut :

  1. Beras : Jamine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix / Sterimar / Panadol / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Stabilo / Staedtler / Canggih / Bata / Faber-Castell.

SENARAI KEDAI TERPILIH

Terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin,
  • Giant,
  • Econsave,
  • The Store,
  • Pacific,
  • Milimewa,
  • 99 Speedmart,
  • Lotus Stores (Tesco),
  • serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat yang berhampiran boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN

Ikuti cara-cara pembelian barangan keperluan asas dengan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima seperti berikut :

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment