SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Apa sahaja transksi tanpa tunai (cashless) di mana-mana kaunter amat digalakkan kini, terutamanya dalam pembelian barangan di kedai atau pasaraya. Oleh itu, Kerajaan turut mengambil inisiatif dalam menyalurkan bantuan melalui e-Tunai iaitu pengkreditan tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm300 setiap bulan etunai? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 : CHECK SECARA ONLINE

KADAR PENGKREDITAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024

Kerajaan telah memperuntukan setiap penerima akan menerima sebanyak RM3,600 selama setahun dan pengkreditan adalah secara ansur selama 12 bulan iaitu sebanyak RM300 setiap bulan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke hadapan bulan seterusnya, akan tetapi had kredit adalah sehingga RM600 sahaja (sekiranya tidak digunakan).

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024

Pengkreditan bantuan sebanyak RM300 ke secara e-Tunai kepada penerima yang telah berdaftar adalah mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan secara tanpa tunai (cashless).

APLIKASI PENGKREDITAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024

Kerajaan telah menentukan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan akan dikreditkan secara e-Tunai melalui aplikasi yang dipilih selamat iaitu aplikasi e-Dompet ‘SELANGKAH’. Penerima akan menerima bantuan dan boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai dengan menggunakan kod QR di dalam aplikasi tersebut.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024

Penerima bantuan e-Tunai sebanyak RM300 setiap bulan ini adalah terhad kepada yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN ETUNAI 2024

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima bantuan e-Tunai bernilai RM300 setiap bulan di pautan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline : 1-800-22-6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/

Leave a Comment